Sunday, October 19, 2014

2014 Hong Kong Trip

Lamanya rasa tak update blog ni.. Fuhhh Fuhh,, Buang habuk sikit ! hahaha..
Apa yang menarik dalam hidup ni untuk tahun 2014 ! I have a trip to HONG KONG !
Backpacker trip sahaja ! and it was AWESOME !


Kitaorang pilih untuk naik AIRASIA jer dan kami mengambil penerbangan yang pertama di awal pagi iti. Dalam masa 4 jam jugak la duduk dalam flight tu ! Akhirnya !


Tadaaa !! Itulah salah satu pulau yang ada dekat HK ni ! Awesome wehh !

Benda paling pertama yang kiteorang cari bila sampai kat sana ! OCTOPUS card. Sangat lah bagus kad ni! Naik MTR dan bas, swipe jer. Tapi pastikan ada duit lah. Harga dia dlm HKD 200 tak silap. Lebih dia boleh di refund kalau kita pulangkan balik kad ni. Tapi, malangnya, aku telah kehilangan kad ini di hari ke-5 aku disana ! Damn it !


Selepas membeli kad tu, kiteorg study MTR map dia. MTR dia sangat lah awesome ! Semua bawah tanah dan sangat hebat ! Sekali lagi aku nk cakap. Awesome wehh ! Aku suka sangat sistem MTR diorg ni. Sangat effisyen.



First day, First Night at HK ! Dah tershopping ! Kiteorang jalan-jalan ke ladies market. Memang barang dia murah2. Tapi kalau kat sana, jangan bargain harga, sekali kau dah bargain, kau tak beli, siap kau ! Dia pegang kau sampai kau beli. Tapi lantaklah kan. Kita foreigner kot kat sana. And ada peniaga kat sana tu pandai cakap melayu ! Huhh !! Muka apek2 HK pandai cakap melayu ok !






Ini second day kami disana ! Ocean park tempat yang dituju ! Kiteorang amk bas je ntuk ke tmpt ni. Senang dan murah ! Serious murah ! Aku rasa lah, tmpt ni blh jadi tmpt wajib pergi lah kalau kat HK tu ! DAEBAK2 !

Ni hari ke berapa pun aku dah tak ingat dah. Ni The Peak ! The peak ni kalau pergi ngan bf, mungkin best lah kot. Tmpt cm romantik2 sikit. Nampak LOVE besar tu ! haha ! Aku pun tinggal kan nota cinta kat situ ! Gambar2 kat bawah ni gambar aku berangan dalam Madame Taussaude ! Banyak patung lilin kat sini. Tapi aku share sikit je lah. Kang terover pulak ! huhu.


Berangan anak Raja 


Iklan UBAT gig mungkin?



Aku suka gambar ni ! #perasan




Turun THE PEAK, jumpa singa ni haa.. tau tak apa ni? Ni la singa HSBC. Excied jumpa bnd ni. Tapi takmau la amk gambar bersama. HSBC kan Bank negara diorang. Seram...

Kalau tengok train kat bawah ni, boleh agak tak kami nak pergi mana? COMEL gler kan train ni !
Inilah train yang akan membawa kami ke dunia Fantasi ! DISNEYLAND! Amik-amik tengok gambar bawah ni.. Jemput2.















Wednesday, July 10, 2013

Sweet talker and betrayer.

Hanya ALLAH yang tahu betapa sedihnya hati ini pabila diperlakukan sebegini. Orang yang aku percaya selalunya tak boleh percaya bahkan menambahkan lagi sengketa. Arghh.. Aku benci kau. Aku benci kau buat aku macam ni. Sumpah aku benci. Kenapa mesti kau buat aku macam ni. Aku takkan berkata apa-apa lagi lepas ni. Aku nak tengok jer aksi kau. Yer. AKSI kau yang membuatkan aku hilang kepercayaan terhadap kau sebagai salah seorang teman rapat. Aku sedih. Sedih sangat bila memikirkan nya. Sanggup kau buat aku macam ni. MOOD : SEDIH SBB KAWAN YANG TAK BOLEH PERCAYA. :(



Alhamdulillah. Hari ini adalah hari pertama Ramdhan 2013. Semoga Ramdhan kali ini membawa segala keberkatan. AMIN.

Sunday, July 7, 2013

Cinta Datang

Kenapa aku jatuh cinta dengan KAU eh? Kenapakah !! Woahhh... Nak kata KAU hensem, takpun sangat, mungkin aku suka KAU sebab KAU sweet. Seriously SWEET !! Ko SWEET macam gula-gula yang dijual di kedai-kedai. AKU suka sangat. Kalau boleh aku nak beli hari-hari. Aku berusaha untuk menjadi yang terbaik di mata KAU. Aku akan cuba sedaya yang mungkin. Sekarang, perlahan-lahan aku mula untuk mendekati kau. Tahan diri supaya tak memaksa kau. KAU nak tau, KAU sweet macam gula-gula kat bawah ni. Kalau boleh aku nk kau hari-hari. Oh BEST nya !

Saturday, July 6, 2013

Pembelot

Aku suka kat kau. Series aku tak tipu. Tapi, itu jer aku boleh buat. Cakap dan cakap. Aku akan cuba lagi mungkin. Tiada penyokong. Kenapa Mesti dia jugak ! Aku cerita segala-gala kat kau. Tapi KAU ! YE ! KAU ! Aku tak benci KAU. Tapi aku tak suka kau buat macam ni. Adakah engkau terdesak? Perasaan aku wea ! Perasaan aku ! Kau tak minidak kan, dan kau juga tak mengiyakan segala galanya. Nampak sangat KAU suka kan dia. Kenapa aku bodoh sangat pergi cerita kat KAU ! Kenapa orang yang aku percaya selalu bagi negative impact kat aku. Kenapa ! Aku takkan buang kau dalam hidup aku. MUNGKIN. Yang aku boleh buat, DOA. Semoga Tuhan menemukan aku dengan yang baik, dan beriman. Amin ~

Friday, July 5, 2013

Tentang Hati

Hari hari menghadap muka dan kerja yang sama. Nasib baik lah aku baru kerja 6 bulan. Untuk cukupkan kuota experience, terpaksa lah aku bertahan lagi. Target, Bonus tahun depan jadi lah. Aku dah bosan. Sukakan dia ! Tapi, give up. Malas nak layan lelaki macam tu. Mungkin I deserve better. Woahh !! Perasan Kau DAYAH !!

Wednesday, May 1, 2013

Boss !

Ea ! Ko tak layak lah jadi ketua kalau perangai macam nie.

Diri sendiri pun tak betul,

Sesuke hati jer nak layan orang macam tuh !

Not everyone can accept it OKEY !