Sunday, October 19, 2014

2014 Hong Kong Trip

Lamanya rasa tak update blog ni.. Fuhhh Fuhh,, Buang habuk sikit ! hahaha..
Apa yang menarik dalam hidup ni untuk tahun 2014 ! I have a trip to HONG KONG !
Backpacker trip sahaja ! and it was AWESOME !


Kitaorang pilih untuk naik AIRASIA jer dan kami mengambil penerbangan yang pertama di awal pagi iti. Dalam masa 4 jam jugak la duduk dalam flight tu ! Akhirnya !


Tadaaa !! Itulah salah satu pulau yang ada dekat HK ni ! Awesome wehh !

Benda paling pertama yang kiteorang cari bila sampai kat sana ! OCTOPUS card. Sangat lah bagus kad ni! Naik MTR dan bas, swipe jer. Tapi pastikan ada duit lah. Harga dia dlm HKD 200 tak silap. Lebih dia boleh di refund kalau kita pulangkan balik kad ni. Tapi, malangnya, aku telah kehilangan kad ini di hari ke-5 aku disana ! Damn it !


Selepas membeli kad tu, kiteorg study MTR map dia. MTR dia sangat lah awesome ! Semua bawah tanah dan sangat hebat ! Sekali lagi aku nk cakap. Awesome wehh ! Aku suka sangat sistem MTR diorg ni. Sangat effisyen.



First day, First Night at HK ! Dah tershopping ! Kiteorang jalan-jalan ke ladies market. Memang barang dia murah2. Tapi kalau kat sana, jangan bargain harga, sekali kau dah bargain, kau tak beli, siap kau ! Dia pegang kau sampai kau beli. Tapi lantaklah kan. Kita foreigner kot kat sana. And ada peniaga kat sana tu pandai cakap melayu ! Huhh !! Muka apek2 HK pandai cakap melayu ok !






Ini second day kami disana ! Ocean park tempat yang dituju ! Kiteorang amk bas je ntuk ke tmpt ni. Senang dan murah ! Serious murah ! Aku rasa lah, tmpt ni blh jadi tmpt wajib pergi lah kalau kat HK tu ! DAEBAK2 !

Ni hari ke berapa pun aku dah tak ingat dah. Ni The Peak ! The peak ni kalau pergi ngan bf, mungkin best lah kot. Tmpt cm romantik2 sikit. Nampak LOVE besar tu ! haha ! Aku pun tinggal kan nota cinta kat situ ! Gambar2 kat bawah ni gambar aku berangan dalam Madame Taussaude ! Banyak patung lilin kat sini. Tapi aku share sikit je lah. Kang terover pulak ! huhu.


Berangan anak Raja 


Iklan UBAT gig mungkin?



Aku suka gambar ni ! #perasan




Turun THE PEAK, jumpa singa ni haa.. tau tak apa ni? Ni la singa HSBC. Excied jumpa bnd ni. Tapi takmau la amk gambar bersama. HSBC kan Bank negara diorang. Seram...

Kalau tengok train kat bawah ni, boleh agak tak kami nak pergi mana? COMEL gler kan train ni !
Inilah train yang akan membawa kami ke dunia Fantasi ! DISNEYLAND! Amik-amik tengok gambar bawah ni.. Jemput2.















Wednesday, July 10, 2013

Sweet talker and betrayer.

Hanya ALLAH yang tahu betapa sedihnya hati ini pabila diperlakukan sebegini. Orang yang aku percaya selalunya tak boleh percaya bahkan menambahkan lagi sengketa. Arghh.. Aku benci kau. Aku benci kau buat aku macam ni. Sumpah aku benci. Kenapa mesti kau buat aku macam ni. Aku takkan berkata apa-apa lagi lepas ni. Aku nak tengok jer aksi kau. Yer. AKSI kau yang membuatkan aku hilang kepercayaan terhadap kau sebagai salah seorang teman rapat. Aku sedih. Sedih sangat bila memikirkan nya. Sanggup kau buat aku macam ni. MOOD : SEDIH SBB KAWAN YANG TAK BOLEH PERCAYA. :(



Alhamdulillah. Hari ini adalah hari pertama Ramdhan 2013. Semoga Ramdhan kali ini membawa segala keberkatan. AMIN.

Sunday, July 7, 2013

Cinta Datang

Kenapa aku jatuh cinta dengan KAU eh? Kenapakah !! Woahhh... Nak kata KAU hensem, takpun sangat, mungkin aku suka KAU sebab KAU sweet. Seriously SWEET !! Ko SWEET macam gula-gula yang dijual di kedai-kedai. AKU suka sangat. Kalau boleh aku nak beli hari-hari. Aku berusaha untuk menjadi yang terbaik di mata KAU. Aku akan cuba sedaya yang mungkin. Sekarang, perlahan-lahan aku mula untuk mendekati kau. Tahan diri supaya tak memaksa kau. KAU nak tau, KAU sweet macam gula-gula kat bawah ni. Kalau boleh aku nk kau hari-hari. Oh BEST nya !

Saturday, July 6, 2013

Pembelot

Aku suka kat kau. Series aku tak tipu. Tapi, itu jer aku boleh buat. Cakap dan cakap. Aku akan cuba lagi mungkin. Tiada penyokong. Kenapa Mesti dia jugak ! Aku cerita segala-gala kat kau. Tapi KAU ! YE ! KAU ! Aku tak benci KAU. Tapi aku tak suka kau buat macam ni. Adakah engkau terdesak? Perasaan aku wea ! Perasaan aku ! Kau tak minidak kan, dan kau juga tak mengiyakan segala galanya. Nampak sangat KAU suka kan dia. Kenapa aku bodoh sangat pergi cerita kat KAU ! Kenapa orang yang aku percaya selalu bagi negative impact kat aku. Kenapa ! Aku takkan buang kau dalam hidup aku. MUNGKIN. Yang aku boleh buat, DOA. Semoga Tuhan menemukan aku dengan yang baik, dan beriman. Amin ~

Friday, July 5, 2013

Tentang Hati

Hari hari menghadap muka dan kerja yang sama. Nasib baik lah aku baru kerja 6 bulan. Untuk cukupkan kuota experience, terpaksa lah aku bertahan lagi. Target, Bonus tahun depan jadi lah. Aku dah bosan. Sukakan dia ! Tapi, give up. Malas nak layan lelaki macam tu. Mungkin I deserve better. Woahh !! Perasan Kau DAYAH !!

Wednesday, May 1, 2013

Boss !

Ea ! Ko tak layak lah jadi ketua kalau perangai macam nie.

Diri sendiri pun tak betul,

Sesuke hati jer nak layan orang macam tuh !

Not everyone can accept it OKEY !


Tuesday, April 30, 2013

Stalker? ERKK.

Ehhh..
Ada informer bagi tau blog aku kene bookmark at Puchong CyberCafe.
Is it possible. Tersalah bookmark lah tuh.
Ayaakk.. Toksah pikir susah2 aih..
Mungkin Amie(bukan nama sebenar) ada tersuka sape2 yang ada dalam blog post aku nie lah kot.
Kan ! Mane lah TAU !!
So, die pun bookmark lah blog aku. APTB. AAK plak !!

Wednesday, January 2, 2013

New Year 2000 + 13

Selamat Tahun Baru 2013.
Alhamdulillah.. Selamat juga aku berjumpa dengan tahun 2013 nie.
Banyak dugaan yang berlaku sepanjang tahun 2012.
Sejarah yang banyak perlu aku pelajari.

2013 bakal menjadi titik permulaan.
Kerjaya, Keluarga dan Diri Sendiri.
Target untuk membahagiakan semua pihak.
Termasuk Kawan-Kawan

Walaupun banyak cuka yang terpaksa aku telan
Itu semua lumrah hidup
Tak semua sempurna
Tapi aku mengimpikan nya untuk menjadi sempura

2013 and I'm already 23rd.
Dah makin meningkat usia nie. HAHA.
Tahap wajib cari jodoh nie. Kuikuikui.
GATAL, PERASAN, semua ada..

The Curve and NISSAN ---- IMPUL
Thats my DREAM !!
Woahh.. Can't wait to have new bump bump

To my swift, nanti kita pergi hospital.
Tukar tayar, Rim, Mandi.
Kasi Cantik-cantik..


BTW,

SELAMAT TAHUN BARU !!

2013



Friday, December 21, 2012

Berundur

Setelah lama tidak update BLOG.

Kenapa aku selalu rasa terpinggir.

Adakah kerana aku tak penting?
Atau aku saje yang rasa macam tu.
Tapi bila bersama mesti serba tak kene.

Setiap kata kata yang aku dengar, bagaikan petunjuk untuk ku.
Setiap kali mesti ada yang tak kene. Haruskah aku sesali?

Biarkan aku berundur. Jika itu membuatkan semua orang senang.
Jalan ku tak lama bersama mereka. Jadikan ini yang terakhir.
Kerna itu yang kamu pilih. Biarkan diriku membawa segala kesedihan dan luka ini sendiri.
Fikiran negative selalu berada dalam jenak hatiku tiap kali.
Menyesali nya tidak mungkin. Mungkin aku patut berundur?
Susah untuk buat keputusan.

Aku yang mengejarbayang kian terbiar. Terasa sakit tak terungkap sakit ya
Pedih nya hanya aku yang tahu. Mahu melarikan diri. Aku hanya hambaNYA.
Bisik hatiku lepaskan mereka. Sungguh aku tak sanggup.
Tapi aku perlu sendiri dengan kasih sendiri dihati.
Aku tak mampu pertahankan lagi segala dusta yang berlaku.

Biar lah aku pergi tanpa sesalan dan hampa di hati.
Remuk dan pedih hati ini hanya aku yang tahu.

Wednesday, April 18, 2012

Indahnya lautan biru, harunya perpisahan yang mungkin berlaku

Perpisahan itu akan selalu ada, kerana kita pernah berjumpa, bersama, bersenda dalam canda dan ketawa. Setiap titis air mata yang tertumpah di hari ini, akan menjadi saksi jalinan ukhwah yang kita simpul seera-eratnya.

Tak ada kata yang pantas terucap wahai kawan/ hanya derai air mata yang halus dan jernih memlalui pipiku tatkala berlaku nya perpisahan yang tak kita rancang.

Hari ini, jiwa dan hati kita kembali terluka atas perpisahan raga. Namun, percayalah kawanku yang hati kita selalu terikat kemas. Insyaallah. Tidak usah terlalu bersedih kerana engkau akan menemukan suasana yang baru, bukan disi lagi tapi di sana. Cukuplah setiap kenangan yang kita telah lalui menjadi kenangan yang tumbuh segar dalam ingatan.

Sahabat….. segala rindu yang akan muncul, segala nafas yang akan berhembus, segala harapan yang akan kita raih, segala langkah yang akan kita ayunkan, yakinlah disana ada berjaya. Di sana ada keberkahan, dan di sana pasti ada cinta.

Sahabat….. biarkan aliran airmata ini jatuh sesukanya, biarkan dia mengalir, mengucap kata seindah-indahnya. Biarkan dia, karena airmata tak berarti sedih, airmata tak berarti duka, airmata adalah juga lambang bahagianya hati. Biarkan dia menemani kita di hari ini. Biarkan…..Karena dia memang hadir untuk ini, untuk sebuah perpisahan.

Thursday, April 12, 2012

They are my besties..


NAMA: AZMEER EZWAN ABDULLAH
TAHUN 3 BACHELOR IN MARKETING(*tak tau betul ker tak)
NAMA GLAMOUR: BUBUP, BOOPSTER, JANTAN HOT.



NAMA: NUR FATIN AIMI RUZELAN
TAHUN 3 BACHELOR IN ACCOUNTING
NAMA GLAMOUR: AIMI, YENGYENG, DONGDONG. :p



NAMA: INTAN SALME OMAR
TAHUN 3 BACHELOR IN ACCOUNTING
NAMA GLAMOUR: INTAN, TANTAN.




NAMA: SITI AISHAH ISMAIL
TAHUN AKHIR BACHELOR IN FINANCE
NAMA GLAMOUR: CHA, SHASHA, AISHA SINCLAIRE.



NAMA: NOR AFIQAH MOHD NOR
TAHUN AKHIR BACHELOR IN FINANCE
NAMA GLAMOUR: FIQ, FIQAH



NAMA: AHMAD NAFILIZZAKIRIN GHAZALI
TAHUN AKHIR BACHELOR IN FINANCE
NAMA GLAMOUR: NAF




ALL THIS PICTURE ABOVE IS MY BESTIES.
THERE ARE NO RANKING OF FRIENDS IN MY STYLE.
LOVE ALL MY FRIENDS AND ESPECIALLY MY BESTIES BECAUSE OF ALLAH. :)

Sunday, January 8, 2012

Semester 2 2011/2012

ohhh damn !! kecewa dengan diri sendiri..
killer paper is trying to kill me.
Derivative market is killer paper !
damn !!
sebab salah formula salah semua.
ouchhh !! sign tambah dan tolak membuatkan bnyk perbezaan..
ohhh damn again !
haishhhh !!
but i think,
paper law and cbb i have make it done well.
insyaallah.
lecturer please be nice to me.
I love u lah !! hihihih

Saturday, December 17, 2011

Ditinggalkan


Ini bukan kisah cinta
Bukan bukan bukan.
Ini cerita tentang diri sendiri yang selalau di tinggalkan seorang diri..
Tak kisah, tapi kisah..
haha..
Cerita cm kap lam nga kan.
Hamboiii, suke suke je tulis blog cm ne yer..
Actually, takde kerja.
Mereka semua balik n tinggal aku sorang kat muadzam.
Kureng korang !!
:PPP

Thursday, December 15, 2011

Baca blog orang

Suka plak rasa hati bila dapat baca Blogger lain nyer kerenah.
Ada yang tua, ada yang muda.
Yang tua pun tak tahan jgk. Comel-comel jer tulis blog.
Suke Suke Suke.
Aku suka baca lecturer aku yang sorang nie punya blog.
Apa yangd i tulis semua sedap dibaca.
Walaupun kadang-kadang banyak menyindir, tapi suke !
JANKAULU.. maksudnya jangan kau lupa.
Motif?
Cerita pasal family, pasal harga kasut..
SUKE SUKE SUKE> hihi..

Sunday, December 11, 2011

Happy end ever the life

Kawan ada lah suatu kurniaan ALLAH kepada semua makhluk nya.
Ada yang baik, Ada yang buruk.
Ada yang cantik, Ada yang hodoh.
Rupa kecantikan bukan ukuran
Gemuk, Kurus, Pendek, Tinggi jadi igaum.
Itu semua tidak penting.
Hati dan perasaan menjadi keutamaan.



Tapi bukan semua kawan adalah kawan
Kekadang kawan boleh menjadi lawan
Kepandaian untuk mencari teman menjadi pegangan
Tanpa kawan hidup berseorangan
Hidup berkawan membawa kebahagiaan.

LOVE MY FRIENDS !!
(secara langsung atau tidak)

<3

Thursday, November 24, 2011

Need Shoulder to Cry On.

Saya tulis entri ni, bukan sebab saya dah nak mati ke apa atau mungkin buang tebiat, tapi melalui kesedaran yang diberi oleh Allah SWT. Dalam kehidupan saya atau mungkin kita semua, hari-hari kita buat dosa dan pahala tanpa kita sedari mahupun disedari. Pahala dan dosa adalah kerja Allah. Siapalah kita untuk menilai.
Dengan penuh rasa rendah diri dan hina, saya menyusun sepuluh jari kemaafan dari sesiapa sahaja dengan penuh ikhlas yang datang dari hati. Saya bukanlah makhluk Allah yang sempurna, yang mampu menyenangkan hati semua orang yang saya kenali secara empat mata mahupun sekadar di blog atau Facebook.

Secara empat mata, mungkin saya telah memperkatakan sesuatu yang sedikit menyakiti hati anda walaupun saya sentiasa cuba elakkan atau sekadar berniat gurauan. Saya mohon maaf. Di alam maya, mungkin ada artikel-artikel atau ayat-ayat saya yang menyakiti hati mana-mana pihak tanpa saya sedari mahupun sengaja saya letakkan Saya minta maaf.

Dan prinsip hidup saya, adalah hidup tanpa dendam. Setiap apa kesalahan sesiapa sahaja pun pada saya, saya maafkan pada ketika kejadian itu berlaku juga. Jadi jika anda adalah bersalah pada saya tanpa anda sedari atau tidak, jangan risau saya dah maafkan dari awal lagi. Itu apa yang terdetik di hati, biarpun bukan pada ayat.
Buat sesiapa yang berhutang apa sahaja pada saya, saya halalkan dengan niat sedekah tidak kira’lah anda benar-benar lupa atau sengaja buat-buat lupa. Jika saya pernah berhutang dengan anda, hubungi saya melalui email kerana saya benar-benar lupa dan tidak sengaja.

Kepada kawan-kawan lama saya yang saya telah ignore, setiap apa yang saya lakukan ada sebabnya. Jadi saya mohon maaf jika anda terguris dan samaada anda terima atau tidak, mungkin sampai di sini sahaja persahabatan kita. Saya percaya, insan hina seperti saya tidak layak berkawan dengan anda. Ramai lagi yang lebih baik anda jadikan teman di luar sana.

Jika saya pernah melukakan mana-mana hati, saya minta maaf sesungguhnya saya tidak pernah sesempurna yang anda fikirkan.

Kepada mak, ayah, adik beradik dan saudara mara, saya minta maaf jika pernah berlaku apa-apa perkara yang tidak menyenangkan hati dari saya kecil sampai lah besar begini. Saya harap setiap butir nasi yang masuk ke mulut saya selama ini, dihalalkan dan menerima berkat dari Allah. Didikan yang saya terima selama ini amat mencukupi segala ruang. Jika terdapat apa-apa kekhilafan dari saya sendiri, itu adalah khilaf saya sendiri.

Buat mereka yang tidak membaca blog ini, saya harap suatu hari nanti Allah akan memberi saya petunjuk untuk meminta maaf dari anda jika saya pernah bersalah pada anda. Semoga kita mendapat lindungan dariNya.

Dan akhir kata, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya selama hampir 21 tahun saya bernafas di bumi Allah ini. Semoga nyawa saya tidak diambil selagi dosa-dosa saya tidak diampunkan olehNya. Kalau saya adalah sehelai kain, amatlah teringin untuk menjadi kain putih yang bersih, jauh dari noda-noda keketoran dunia.
Pejamkan mata dan bayangkan malaikat maut dibelakang kita, munkar dan nakir di kanan dan kiri kita. Semoga Allah merahmati kehidupan kita semua selama ini. InsyaAllah. Sesungguhnya, Dia yang lebih mengetahui.

Aku Hanya Penumpang


You want to know something from me !
But you don't know how to approach it.
Then u want to blame me.
WHATEVER !
Like i care what u are going to do.
Go to HELL !

Bak kata orang ganu,
Lantak Mung Lah !

Wednesday, September 28, 2011

Sympathy



Selama nie aku ingat engkau bahagia dengan mereka.
Rupanya tekaan aku meleret salah.
Kesian kau kawan.
Aku pun kesian kat diri aku sendiri jugak.
Aku taknak balik banyak sebab nya.
Aku lebih bahagia dengan mereka nieh.
Kesian kau Natni.
Thank for ALLAH because this is my second last semester.
And i will have to bear it for 8more month.
Susah kan kalu kawan yang cepat lupa kawan nya sendiri.
MATERIALISTIK nya ENGKAU !!
PORAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHH...